Selamat Datang ke Mastika
Berkhidmat kepada komuniti kami dengan ketelusan, integriti, dan dedikasi. Temui bagaimana kami membuat perbezaan setiap hari.
Pengenalan
Tabung Khairat Kematian Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru (PKKTM) adalah satu
tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh Masjid Taman Pulai Indah (MTPI. TKKMTPI ini
diamanahkan kepada Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan, MTPI dan diuruskan mulai bulan
Januari, tahun 2018
Objektif
PKKTM2 ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:
a . Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar segera.
b . Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan teratur dan bertanggungjawab.
c . Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah kematian.
Undang-undang Kecil
Kelayakan
Dibuka kepada semua penduduk Islam dalam kariah MTPI samada penduduk tetap atau sementara (penyewa).
Tempoh Minima Mendapat Manfaat
Tiada tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan. Ahli layak menuntut manafat sebaik sahaja mendaftar dengan syarat ahli dalam keadaan sihat dan tidak koma semasa mendaftar
Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli
- Umur kemasukan ahli dan pasangannya adalah bermula pada 18 tahun berdasarkan hari jadi akan datang
- Tanggungan Ahli ialah keluarga terdekat iaitu isteri/suami, anak atau anak-anak yang belum berumah tangga atau belum berdikari DAN umur anak tidak lebih 23 tahun kecuali anak OKU. Anak yang berumur 18 hingga 23 tahun boleh daftar berasingan bergantung kepada kemampuan keluarga.
- Anak angkat yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan statusnya oleh peserta
- Anak tiri yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dikahwini oleh duda/janda
semasa tempoh sijil berkuatkuasa.
Jumlah Ahli Keluarga Menerima Manafaat
Faedah khairat dalam satu keluarga (rujuk perkara 4) adalah untuk seramai maksima 3 orang sahaja bagi tempoh satu tahun. Faedah ini juga mengambilkira ahli/keluarga yang meninggal dan dikebumikan di Taman Pulai Indah.
Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan
- Ahli keluarga seperti ibu/bapa yang tinggal bersama tidak perlu memohon menjadi ahli berasingan. Tempoh tinggal bersama hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.
- Anak atau anak-anak yang sudah mencapai umur lebih 23 tahun dan masih tinggal bersama dengan ahli serta berminat menjadi ahli TKKMTPI, perlulah mendaftar sebagai ahli baru
Sumbangan Yuran Tahunan
Sumbangan yuran tahunan TKKMTPI adalah sebanyak RM40.00 untuk seorang ahli dan tanggungannya yang sah. Bayaran boleh dibuat kepada AJK yang dilantik atau wakil kawasan/Fasa masing-masing.
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran dikenakan RM10.00 sekali seumur hidup. Ahli yang mendaftar akan
diberikan satu kad keahlian.
Ahli Yang Berpindah Kawasan Membayar Yuran Penuh
Seseorang ahli yang telah membayar yuran tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dari Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah LAYAK menuntut manafaat TKKMTPI sekiranya berlaku musibah setelah berpindah.
Ahli Yang Berpindah Kawasan TIDAK Membayar Yuran Penuh
Seseorang ahli yang TIDAK membayar yuran tahunan sepenuhnya dan berpindah keluar dari
Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah TIDAK LAYAK menuntut manafaat
sekiranya berlaku musibah kematian setelah berpindah. Manakala ahli yang tidak membuat
bayaran pembaharuan selama 2 tahun berturut-turut maka keahliannya tidak aktif. Untuk
aktifkan semula dikehendaki membuat bayaran tahunan yang tidak dijelaskan termasuk yuran
ahli baru
Manfaat
1. Kelebihan dan manfaat menyertai PKKKMTTS adalah untuk meringankan kos pengurusan jenazah bagi keluarga si mati dan menguruskan hal-hal kebajikan dengan segera. Apabila berlaku kematian wang bantuan yang akan dikeluarkan adalah seperti di bawah:-
| Bil | Penerima Faedah/Manafaat | Kadar Faedah (RM) |
| 1 | Ahli | 1000 |
| 2 | Pasangan Ahli | 1000 |
| 3 | Anak : Telah lahir ke dunia sekurang2nya sebulan dan berumur tidak
melebihi 23 tahun | 500 |
| 4 | Anak yang meninggal dalam kandungan : 5 – 9 bulan | 100 |
| 5 | Anak angkat : mempunyai dokumen yang sah | 500 |
| 6 | Ibu/Bapa ahli tinggal bersama dalam tempoh masa 6 bulan ke atas | 800 |
| 7 | Ibu/Bapa ahli tidak tinggal bersama | 200 |
Pengumuman
Kekal dikemaskini dengan berita dan acara terkini kami
Derma Van Jenazah Baru
Assalamualaikum kepada semua ahli PKKTM,
Pihak jawatankuasa PKKTM tekah bersetuju untuk membeli sebuah Van Jenazah yang baharu bagi menggantikan van yang sedia ada yang telah uzur dan selalu rosak.
Sehubungan dengan itu, tabung ini akan dibuka di surau-surau sekitar Taman Melewar bagi menampung kos pembelian.
Jawatankuasa PKKTM memohon jasa baik para ahli untuk menyumbang dan menghebahkan perkara ini kepada ahli-ahli karyah yang lain supaya proses pemeblian dapat dilakukan dengan segera.
Sekian terima kasih.
Jawatankuasa
Temui pasukan yang berdedikasi berkhidmat untuk komuniti kami
Yang Dipertua
Hj Johari Abdul Jalil
Timbalan yang Dipertua
Timbalan yang Dipertua
Setiausaha Agung
Setiausaha Agung
Bendahari
Abu Bakar Baba